fbpx
Gambar hiasan.

Johor, Sabah dan Sarawak dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga petang ini melibatkan beberapa kawasan di Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Johor adalah Mersing, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Bagi Sabah, cuaca bergolak membabitkan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Tongod dan Kinabatangan, selain turut melibatkan Labuan.

MetMalaysia berkata amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal ribut petir dengan hujan melebihi 20mm sejam yang sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

Amaran berkenaan juga merupakan amaran jangka pendek yang hanya sah dalam tempoh maksimum enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada serta mengikuti perkembangan cuaca dari semasa ke semasa.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN