PETALING JAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini memperlihatkan sentimen bercampur dalam kalangan pengundi antara keinginan untuk perubahan dan kecenderungan mengekalkan kerajaan sedia ada. Penyelidik Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Rizal Zamani Idris berkata, pemerhatian di lapangan antaranya menunjukkan wujud keresahan terhadap isu-isu asas. Kata beliau, rasa tidak puas hati terhadap isu asas seperti kos sara hidup, air dan elektrik mendorong sebahagian pengundi mahukan pembaharuan serta kepimpinan……














