fbpx
Chris Evans dan isteri, Alba Baptista.

Isteri baru bersalin, Chris Evans sempat curang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNIA Hollywood gempar apabila aktor tersohor, Chris Evans didakwa curang hanya selepas beberapa minggu isterinya juga pelakon, Alba Baptista bersalin anak pertama mereka.

Spekulasi mengejutkan itu tersebar selepas pelakon filem Captain America itu dikatakan sudah beberapa kali keluar bertemu dengan seorang wanita bermata coklat yang belum didedahkan mana-mana pihak.

Belum dinyatakan secara tepat, gambaran netizen merujuk pelakon yang dimaksudkan adalah aktor asal Boston, Amerika Syarikat itu.

Meskipun tiada pengesahan daripada wakil pengurusannya, rata-rata peminat meluahkan kekecewaan jika gosip itu benar-benar sahih.

Netizen berpendapat tidak wajar mengkhianati isteri yang menyabung nyawa melahirkan anak, namun sebahagian besar pemerhati pula meminta jangan mudah memetik nama Evans jika tiada bukti nyata.

Evans, 44, berkahwin dengan Baptista pada September 2023, sejak bercinta mereka sangat menjaga privasi.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI