fbpx
SLOT perlu memiliki percaturan terbaik berdepan Forest malam ini untuk memastikan Liverpool meraih kemenangan selepas tewas aksi terakhir. - AFP

EPL: Slot letak Liverpool dalam situasi sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengerusi Liverpool, Tom Werner memberi jaminan masa depan Arne Slot selaku pengurus masih selamat meskipun pasukan gagal mempamerkan prestasi konsisten pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut Werner, jasa Slot terlalu besar untuk dilupakan serta-merta selepas berjaya membantu pasukan menamatkan penantian lima tahun dengan menjuarai trofi liga buat kali ke-20, musim lalu.

“Saya sangat bangga dengan Slot kerana meskipun kami pernah menang sebelum ini (tahun 2020), situasi itu langsung tak sama. Ketika itu, pandemik Covid-19 telah merampas kegembiraan penyokong.

“Kali ini, ia seperti simbol mimpi yang jadi nyata dan kami percaya selepas era Jurgen Klopp, Slot mampu untuk bantu kami untuk membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

“Beliau hadir mengetuai pasukan yang sudah terbukti kuat musim lepas dan musim ini beliau cuba ikut acuannya sendiri. Kami yakin beliau tahu apa yang dia buat,” katanya.

Mengulas lanjut, Werner mempertahankan strategi agresif kelab selepas menyaksikan Slot memohon pelaburan lebih £450 juta (RM2.4 bilion) untuk menandatangani ramai pemain bertaraf dunia termasuk Alexander Isak dan Florian Wirtz.

“Pemain seperti Wirtz bukan bakat biasa kerana dia berpotensi jadi aset masa depan selain pemenang Ballon d’Or. Jika ada peluang untuk mendapatkan khidmat pemain berkualiti, kita jangan lepaskan peluang tersebut,” katanya.

The Reds digesa lupakan kekecawaan tewas kepada Manchester City pada aksi terakhir liga dan kembali berada di landasan kemenangan menjelang aksi bertemu Nottingham Forest di Stadium Anfield, malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN