fbpx
PALMER dilaporkan sudah pulih, namun Maresca belum sedia menurunkannya untuk aksi menentang Burnley minggu ini. - AFP

EPL: Chelsea tidak sedia ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea menarik nafas lega apabila bintang sensasi, Cole Palmer sudah pulih, tetapi masih belum sempat untuk diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Stadium Turf Moor, malam ini.

Pengendali Chelsea, Enzo Maresca mengakui tidak mahu mengambil risiko selepas pemain antarabangsa England itu dibelenggu kecederaan serius sejak September lepas.

Kata Marseca, kemungkinan besar Palmer hanya akan kembali menguatkan pasukan pada dua aksi getir menentang Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) dan Arsenal (EPL) pada minggu depan.

“Mengenai situasi Cole, kami masih pantau dia setiap hari kerana kami mahu dia kembali secepat mungkin.

“Semua tahu Chelsea pasukan lebih kuat jika dia dalam kesebelasan utama dan kami mahukan Cole dalam setiap perlawanan. Malangnya, kecederaan tidak dijangka berlaku dan saya percaya dia akan diturunkan tidak lama lagi,” katanya.

Selain Palmer, The Blues turut menerima khabar gembira apabila bek tengah Benoit Badiashile, pemain sayap Portugal, Pedro Neto dan penyerang Brazil, Joao Pedro sudah cergas sekali gus boleh beraksi menentang Burnley nanti.

Sebelum ini, Neto telah menarik diri daripada menyertai skuad Portugal atas faktor pemulihan manakala Pedro pula direhatkan oleh Brazil ketika aksi persahabatan menentang Tunisia, baru-baru ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN