fbpx
Dua kanak-kanak maut selepas basikal yang mereka naiki dilanggar sebuah kereta di Kampung Sedaka Tengah, Yan, pagi tadi.

Dua kanak-kanak maut basikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Dua kanak-kanak lelaki maut selepas basikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Sedaka Tengah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 10 dan 11 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak terbabit menaiki sebuah basikal dengan salah seorang berdiri di bahagian belakang.
Basikal yang dinaiki mereka kemudian dikatakan dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian dan perkembangan kes akan dimaklumkan selepas siasatan lengkap dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI