TINDAKAN Diana Danielle memuat naik video memakai tudung ketika berada di Kelantan baru-baru ini menuai perhatian ramai dalam media sosial.
Menerusi video itu, Diana dilihat manis menggayakan tudung berwarna merah jambu dengan taburan manik.
“Ketika berada di Kelantan,” katanya.
Paling menarik, gelagat Diana membaca tulisan jawi pada papan tanda sebuah kedai emas.
Rata-rata terhibur dengan gelagat ibu dua anak itu sehingga ada yang menggelarnya ‘Mekna’.
“Comel sangat Mekna baca jawi. Pakai tudung tak berapa jadi pun lawa.
“Datang Kelantan terus ada nama panggilan, lucu,” komen netizen.















