fbpx
Mohamad ketika adakan lawatan di Sabah semalam.

Daging organik ladang sawit tingkat sara diri negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia berpotensi meningkatkan kadar sara diri daging tempatan sekiranya lebih banyak ladang sawit mengamalkan sistem integrasi ternakan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya, ketika lawatan kerja ke Tawau baru-baru ini, beliau berkesempatan melawat kedai daging milik Sawit Kinabalu, sekali gus meninjau sendiri bagaimana daging berkualiti itu dihasilkan melalui kaedah integrasi di ladang kelapa sawit.

“Alhamdulillah, saya dapat lihat sendiri bagaimana daging yang dihasilkan daripada sistem integrasi ini lebih organik, lebih sihat dan dibela secara semula jadi,” katanya di media sosial.
Jelasnya, pendekatan integrasi bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber sedia ada, malah mampu meningkatkan populasi lembu dalam negara yang masih bergantung kepada import.

“Model seperti ini sangat penting untuk mengurangkan kebergantungan luar.

“Jika lebih banyak ladang sawit melaksanakannya, kita boleh meningkatkan pengeluaran daging negara dan membuka peluang ekonomi baharu kepada penternak tempatan,” ujarnya.

Mohamad berkata, kementeriannya akan terus memperkukuh kerjasama dengan syarikat industri seperti Sawit Kinabalu bagi menjamin kelestarian bekalan makanan serta memastikan rakyat menikmati sumber protein lebih berkualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI