fbpx
Sebahagian pelajar dan pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai, Thailand ketika ini.

Banjir Hatyai: 36 pelajar, 4 pensyarah UUM turut terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SINTOK – Seramai 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) turut terkandas dalam banjir besar di Hatyai, Thailand ketika ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di sana bagi mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

“Pihak universiti ingin menegaskan bahawa kebajikan dan keselamatan semua pelajar serta staf adalah keutamaan UUM.

“Kini pihak universiti sedang memantau keadaan ini secara berterusan dan berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan selamat dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih.

“UUM menasihatkan agar keluarga pelajar dan staf yang terlibat bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tambahnya, UUM komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta staf terjamin, khususnya dalam situasi tidak dijangka seperti ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI