fbpx
SERAMAI 12 nelayan terapung di laut lebih 7 jam. - Foto Facebook

12 nelayan terapung di laut lebih 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seramai 12 nelayan termasuk seorang kanak-kanak, berjaya diselamatkan petang semalam selepas kapal menangkap ikan yang mereka naiki karam semasa laut bergelora kira-kira 30 kilometer dari  pantai Pattaya, Thailand, lapor portal berita The Pattaya News.

Juragan dan 11 yang lain terpaksa terjun menyelamatkan diri dan berada di laut lebih tujuh jam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Pasukan daripada Unit Penyelamat Laut Pattaya dan Yayasan Sawang Boriboon Pattaya segera menghantar bot laju ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kejadian.

Beberapa kru melaporkan bahawa kapal mereka berdepan keadaan laut bergelora dan pam air gagal berfungsi, menyebabkan bot dipenuhi air sebelum karam.

Semua mangsa dilaporkan keletihan, mengalami hipotermia dan menggeletar teruk akibat terlalu lama berada di laut. 

Punca sebenar kejadian kapal karam itu masih dalam siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI