PETALING JAYA – “Aisya Pak karim ni makan vitamin apa? Energetik sungguh la…”
Demikian antara komen orang ramai tentang ‘keupayaan’ seorang peniaga buah nangka di sebuah gerai yang tidak putus-putus mempromosikan jualannya sambil menyanyi.
Menerusi video yang dikongsikan wanita itu di profil @Aisyapakkarim di media sosial, jelas memaparkan dia menyanyikan beberapa buah lagu popular dengan penuh perasaan sambil cuba berinteraksi dengan para pengunjung.
“Depa (pengunjung dan peniaga) dah lali dah,” katanya pada kapsyen video berkenaan.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata kagum dan terhibur dengan karakter tersendirinya itu.
“Dia ni tak payah pakai mikrofon pun suara boleh smpai Penang,” seloroh @Mi_umyraa.
“Hebatlah. Bukan semua boleh buat macam Aisya buat,” puji @Chor Shida.
“Artis Pekan Rabu. Terbaik, terima kasih hiburkan kami,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE
@aisyapakkarim Membalas kepada @_77🪴 dpa dah lali dah n aisya pakkarim@AISYAPAKKARIMASALAMUALAIKUM @aisyaasalamualaikum @AISYA ALYSSA @AISYA ALYSSA ♬ bunyi asal – AISYA PAK KARIM















