fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Jillliyana yang dimuat naik di laman TikTok.

[VIDEO] Haram pasang breast filler di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggunaan suntikan ‘breast filler’ merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang di Malaysia, jelas peguam dan pempengaruh media sosial, @Jillliyana, menerusi satu hantaran di TikTok baru-baru ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah pun mengharamkan penggunaan ‘breast filler’, ‘buttock filler’ serta rawatan IV vitamin infusions yang kini kerap dipromosikan secara meluas dalam talian.

“Rawatan seperti ini tidak selamat, tidak dikawal dan sering dilakukan oleh individu tidak bertauliah serta tiada latar belakang perubatan,” katanya.

Tambah Jillliyana, undang-undang jelas menyatakan mana-mana rawatan yang diharamkan tidak boleh ditawarkan atau dijalankan, dan tindakan itu boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah isu keselamatan diri, selain menyemak kelayakan pengamal perubatan dengan KKM sebelum menjalani sebarang prosedur.

“Jika cedera akibat rawatan haram, mangsa berhak menuntut pampasan. Malah, baru-baru ini terdapat kes di mana seorang mangsa menerima ganti rugi sebanyak RM800,000 selepas menjadi mangsa kegagalan suntikan breast filler,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Undang-undang ini masih tidak menghalang pempengaruh yang menjual servis ini daripada meraih ribuan pengikut, malah turut membuat pelbagai iklan di media sosial,” kata @Beatrice.

“Ramai yang jual servis ni kata dapat kelulusan KKM, hairan betul,” ujar @Aaron Maleeq.- KOSMO! ONLINE.

@jillliyanaBreast fillers are illegal in Malaysia and this is not a grey area. The Ministry of Health has officially banned breast fillers, buttock fillers, and even IV ‘Vitamin C’ infusions that are widely marketed online. These procedures are unsafe, unregulated, and often carried out by unlicensed individuals with no medical training. The law is very clear: if a treatment is banned, offering or performing it is a criminal offence. And if you suffer injuries from these illegal procedures, you have the right to seek compensation. A recent case even saw a victim awarded RM800,000 in damages for botched breast fillers. Your safety comes first, and legality matters. Always verify your practitioner’s KKM credentials before allowing anyone to touch your body.

♬ original sound – skingasm

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN