fbpx
Tangkap layar penulisan unik seorang lelaki ketika mengambil pesanan makanan.

[VIDEO] ‘Ambil order pun pakai tulisan trengkas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas yang menggunakan penulisan trengkas ketika mengambil pesanan makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @ikinfafau, kelihatan lelaki tersebut menulis pesanan pelanggan menggunakan tulisan dan perkataan yang sukar difahami dan unik.

“Unik tulisan pak cik ni. Kita memang teruja bila nak makan dekat sini sebab nak tengok tulisan dia saja. Semoga sihat selalu pak cik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang rata-ratanya mengulas tentang penggunaan penulisan tersebut.

“Amboi, ambil pesanan pun pakai tulisan trengkas,” komen Ieykin.

“Kebanyakan orang dulu-dulu yang sekolah zaman British tahu tulisan trengkas ni. Bapa saya tulis macam ni, naik juling kita belajar dulu,” kata Happyhuri.

“Saya pun selalu pergi sini hampir tiap bulan. Memang kalau datang, tertunggu pak cik ni ambil pesanan sebab nak tengok penulisan dia. Sampai orang jaga parkir pun dah kenal,” komen Muhd Ammar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN