fbpx
Mahkamah Kuala Lumpur

Sembilan pihak jadi pencelah kes beku akaun pelaburan yang dikait keluarga Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan pihak hari ini berjaya menjadi pencelah dalam permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan akaun pelaburan di sebuah negara asing yang didakwa milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan sekutunya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Ariffin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan sembilan pihak itu (yang tidak dibenarkan untuk dinamakan) selain Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pemohon, supaya maklumat sulit dan peribadi berhubung aset berkaitan mereka dilarang daripada didedahkan, dirumus, diberikan akses dan disampaikan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada beberapa pihak antaranya hakim, timbalan pendaftar, pendakwa raya dan pegawai mahkamah yang terbabit dalam permohonan pembekuan aset berkenaan oleh SPRM.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar permohonan SPRM bagi membekukan 12 akaun pelaburan terbabit.

Dalam prosiding hari ini peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Nizamuddin Hamid mewakili sembilan pemohon.

SPRM sebelum ini memohon supaya harta alih berkenaan dibekukan selepas agensi antirasuah itu mendapati ia tidak pernah diisytiharkan, dengan memberikan alasan bahawa ia perlu disekat untuk mengelakkan risiko daripada dilupuskan.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Allahyarham Tun Daim serta keluarga dan proksi.

Azam berkata maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset Allahyarham Tun Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada rahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN