fbpx
Johari.

Sarawak dicadang sedia 10,000 hektar tanah perkasa industri lada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan tanah berskala besar antara 5,000 hingga 10,000 hektar bagi merancakkan pembangunan industri lada di negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, cadangan tersebut dibuat bagi membolehkan kerjasama strategik diwujudkan antara pekebun kecil lada Sarawak dengan pelabur.

“Kerjasama bukan hanya dengan pelabur malah, syarikat swasta sekali gus melonjakkan pengeluaran komoditi itu ke tahap lebih mampan.

“Lada merupakan komoditi bernilai tinggi dengan permintaan global yang stabil, apabila harga pasaran mencecah RM25,000 hingga RM30,000 satu tan bergantung pada gred.

“Sarawak pula kekal diiktiraf sebagai pengeluar lada premium terbaik dunia,” jelas beliau di media sosial.

Tambah Johari, Lembaga Lada Malaysia sebagai agensi di bawah KPK turut menyatakan kesediaan menawarkan kepakaran teknikal, latihan dan pelbagai bentuk sokongan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil lada di Sarawak.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI