PETALING JAYA – Legenda bola sepak negara, Azman Adnan menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, bekas penyerang kebangsaan dan Selangor itu bakal menjalani prosedur pembedahan lutut pada 26 November nanti.
“Saya sampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri bagi meringankan keperluan perubatan serta memberi semangat buat beliau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Ahmad Farhan berkata, beliau mendoakan semoga proses pembedahan tersebut berjalan lancar Dan dipermudahkan segala urusan.
“Semoga Abang Man kembali kuat untuk terus menyumbang kepakaran dalam pembangunan bola sepak tanah air,” katanya. – KOSMO! ONLINE














