PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak.
“Selain itu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor termasuk Kuala Lumpur turut terlibat dalam cuaca buruk itu,” ujarnya.
Amaran cuaca buruk itu berterusan di seluruh Negeri Sembilan manakala Alor Gajah dan Jasin di Melaka.
Seterusnya, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai di Johor turut terjejas. –KOSMO! ONLINE















