fbpx
Tangkap layar memaparkan Michelle Yeoh memberikan dua anak patung Labubu kepada hos terkenal, Jimmy Fallon.

Michelle Yeoh ada 100 Labubu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tan Sri Michelle Yeoh mengejutkan orang ramai dengan memiliki lebih 100 anak patung Labubu dalam rancangan bual bicara popular Amerika Syarikat, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Dalam segmen rancangan tersebut, hos terkenal, Jimmy Fallon terkejut dengan minat bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh terhadap koleksi anak patung itu.

“Semua koleksi anak patung itu sangat comel serta dijual dalam pelbagai saiz dan warna. Saya tak dapat memilih hanya satu sahaja,” ujarnya.

Pelakon terkenal itu turut memberikan dua anak patung Labubu itu kepada Jimmy Fallon sekali gus menarik perhatian ramai.

Menjengah ke ruang komen, ramai turut terkejut dengan pengakuan aktres kelahiran Ipoh itu.

“Pertama kali lihat Labubu, saya tak rasa anak patung itu menarik langsung kerana nampak seperti raksaksa,” komen @Superman88

“Labubu itu comel ke? Bagi saya, anak patung Labubu paling tidak comel,” komen @Werryyukili

“Bagi saya, anak patung Labubu itu tak pernah comel. Lebih kepad nampak menakutkan,” komen @Mommyninis –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN