fbpx
MURAD (kiri) melawat pameran Expo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2025 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka, hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Melaka bina 41,910 rumah, mahu rakyat miliki kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan pembinaan sebanyak 41,910 unit rumah baharu bagi membolehkan sekurang-kurangnya 88 peratus rakyat memiliki kediaman sendiri sehingga 2030.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Murad Husin berkata, kerajaan negeri merancang membina kira-kira 4,100 unit rumah baharu setiap tahun bagi mencapai sasaran berkenaan.

Katanya, Melaka kini menjadi tumpuan pembeli kerana menawarkan harga rumah dengan purata terendah di Malaysia, sekali gus mengekalkan pasaran hartanah negeri yang rancak dan kompetitif.

“Expo Rumah Mampu Milik (RMM) 2025 memperlihatkan potensi besar pasaran perumahan Melaka dengan penyertaan 13 pemaju serta tujuh agensi kewangan termasuk bank dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), menawarkan pelbagai pilihan kepada pembeli.

“Sebanyak 1,116 unit rumah mampu milik ditawarkan pada expo itu, dengan sebahagian unit yang tidak terjual terdiri daripada rumah bebas serta harga tinggi, bukan semata-mata rumah mampu milik,” katanya pada Majlis Perasmian RMM di Banda Hilir, hari ini.

Ujarnya lagi , pemilikan rumah mampu milik bagaimanapun tertakluk kepada syarat LPM, termasuk kelayakan rumah pertama dan penilaian pendapatan.

“Ramai pembeli layak secara teori tetapi gagal pinjaman kerana tanggungan kewangan lain, jadi SJKP disediakan sebagai jaminan supaya lebih ramai mampu memiliki rumah.

“Sehubungan itu saya mengajak orang ramai untuk hadir ke expo yang berlangsung hari ini hingga 23 November bagi menilai peluang pemilikan rumah melalui pelbagai penawaran yang sesuai dengan kelayakan masing-masing,” katanya.

Murad berkata, inisiatif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri tetapi juga bakal merancakkan sektor hartanah negeri secara keseluruhan, menjadikan Melaka destinasi menarik untuk pelaburan hartanah pada masa hadapan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN