fbpx
SATU lagi mayat ditemui hari ini di bawah lori yang terbabas memasuki gaung sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi, semalam.

Lori terbakar: Mayat kakak angkat dijumpai bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Satu lagi mayat dijumpai dibawah lori yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai di sini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai A. Komala, 45, ditemui ketika operasi mengangkat lori berkenaan yang turut meragut nyawa, R Sasitharan, 38, yang merupakan pemandu kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa dipercayai merupakan kakak angkat lelaki tersebut.

“Pada tengah malam semalam, dimaklumkan oleh keluarga mangsa, terdapat seorang lagi mangsa bersama pemandu lelaki tersebut iaitu perempuan merupakan kakak angkatnya.

“Kira-kira 4.30 petang tadi mayat penumpang tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan rentung selepas lori dipandu terbakar dan dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 petang semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN