fbpx
Tangkap layar video kebakaran sekolah di Baling, hari ini.

KKR hantar pasukan siasat kebakaran sekolah di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil maklum insiden kebakaran melibatkan sebuah sekolah di Baling, Kedah hari ini dan menegaskan keselamatan semua pihak menjadi keutamaan.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KKR memandang serius kejadian itu dan bersimpati dengan warga sekolah yang terkesan.

Susulan itu, beliau mengarahkan pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk segera turun ke lokasi bagi menjalankan penilaian awal kerosakan serta tahap keselamatan struktur bangunan sebaik sahaja kawasan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

“KKR akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan bagi tindakan susulan termasuk pembaikan dan langkah keselamatan tambahan.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semas,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, orang ramai dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan sebuah sekolah di Baling pagi ini

Api dan asap tebal dilaporkan dilihat memenuhi bahagian bumbung sebuah blok bangunan dua tingkat.

Menerusi video tular, penduduk memaklumkan kebakaran tersebut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Baling.

Kejadian berlaku pada hari cuti hujung minggu bagi negeri tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI