fbpx
ISMAIL Dahalan (baju hijau) bersama anak dan abangnya yang didakwa di Mahkamah Majistret Parit atas pelbagai kesalahan termasuk melupuskan harta curi di sini hari ini.

Ketua kumpulan ‘Ismail Gampang’ lupus barang curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Ketua kumpulan pecah rumah ‘Ismail Gampang’ dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan melupuskan barang curi berupa rantai emas, gergaji besi dan tabung plastik.

Tertuduh, Ismail Dahalan, 61, dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama anak perempuannya, Noraini, 24, dan rakan wanita itu, Nur Jamaaton Farhanum Zainol Aman, 25, didakwa dengan sengaja melupuskan harta curi iaitu empat utas gelang rantai emas kepunyaan seorang wanita yang dilaporkan hilang pada pukul 1.30 petang, 4 November 2025.

Pertuduhan ke atas mereka dijalankan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi yang boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan itu, Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan bulan manakala Noraini dihukum penjara empat bulan bermula hari ini dan Nur Jamaaton Farhanum pula didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Dalam prosiding itu, Ismail turut didakwa di bawah seksyen kesalahan sama kerana dengan sengaja melupuskan harta curi iaitu sebatang gergaji besi jenama Kazumi, satu unit mesin tertera tulisan ‘chain saw’ dan gergaji buatan besi dengan tulisan ‘harz’ di Kampung Tua Tanjung Belanja, Parit pada pukul 10 pagi, pada bulan Julai 2025.

Dia juga didakwa dengan sengaja melupuskan tabung plastik di kebun sawit Kampung Padang Kunchor, Bota Kanan pada pukul 12 tengah hari, 12 November 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI