fbpx
WAN ROSDY (tiga dari kanan) menyempurnakan majlis penyerahan kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sanggang di Tapak Perumahan PR1MA Pahang Sanggang di Temerloh hari ini.

Kerajaan Pahang bina 28,771 rumah bernilai RM2.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Dalam usaha memastikan seluruh rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri kerajaan negeri Pahang bergerak proaktif apabila berjaya membina 28,771 unit rumah bernilai RM2.1 bilion.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) sentiasa memastikan rakyat daripada bandar hingga ke luar bandar memiliki peluang yang adil dan mampu untuk memiliki kediaman sendiri.

“Hingga kini kerajaan negeri telah menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) sebanyak 13,873 unit, PR1MA Pahang (9,057 unit), Rumah Program Residensi Rakyat (PRR) (4,168 unit), Rumah Rakyat Pahang (RRP) (1,110 unit), Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) (351 unit) dan Rumah Makmur Pahang (212 unit).

“Ia merupakan sebuah pencapaian yang tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak,”katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sanggang dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pamah Kaseh serta PR1MA Pahang Kampung Sempadan di Tapak Perumahan PR1MA Pahang Sanggang di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, skim perumahan seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Mesra Pahang, Ru’RASA, RRP serta Pangsapuri Pahangku, semuanya dengan matlamat yang sama, iaitu menyediakan rumah yang selesa, berkualiti dan mampu milik bagi setiap lapisan rakyat.

Jelasnya, hasil pelaksanaan berterusan ini telah memberi manfaat besar kepada puluhan ribu keluarga di seluruh Pahang yang mana setiap rumah bukan sekadar struktur fizikal, tetapi asas kehidupan dan masa depan rakyat.

Dalam pada itu katanya, antara perkara yang tidak disedarisemua ialah betapa besarnya nilai subsidi yang disalurkan Kerajaan Negeri bagi setiap unit Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh Kerajaan Pahang.

Selain itu katanya, dalam keadaan kos bahan binaan yang terus meningkat dan margin keuntungan yang semakin kecil, para pemaju tetap gigih meneruskan projek di bawah skim mampu milik, semata-mata kerana tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat dan kesetiaan terhadap dasar Kerajaan Negeri.

Tambahnya kerajaan negeri pula tidak pernah membiarkan pemaju berjalan sendirian demi memastikan setiap projek mampu dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan matlamat untuk menyediakan rumah pada harga di bawah pasaran.

“Bagi PR1MA Pahang, rumah dijual pada harga RM150,000, sedangkan harga pasaran mencecah RM300,000, Rumah Makmur Pahang pula, harga jualan RM80,000, harga pasaran sekitar RM220,000, bagi Rumah Pahangku, contohnya perumahan La Indera di Kuantan, harga hanya RM188,000, sedangkan pasaran mencecah RM300,000 hingga RM350,000.

“Pangsapuri Pahangku pula dijual sekitar RM200,000, masih jauh lebih rendah daripada nilai pasaran lebih RM300,000 dan Rumah Mesra Pahang, harganya ialah RM75,000, tetapi rakyat hanya bayar RM60,000 selepas subsidi kerajaan RM15,000 manakala Ru’RASA dan RRP pula memberi manfaat 100 peratus subsidi yang mana rumah yang bernilai RM80,000 diberikan secara percuma kepada golongan layak,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI