fbpx
Gambar hiasan

Guru wanita rugi RM604,000 ditipu skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang guru wanita berusia 57 tahun kerugian RM604,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian berkonsepkan mesin judi yang menjanjikan pulangan luar biasa sehingga 350 peratus dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menerima laporan daripada mangsa yang dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Pelaburan Sentosa’ oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.

”Mangsa tertarik selepas diberikan penerangan mengenai keuntungan lumayan serta diarahkan mendaftar melalui sebuah laman web sebelum membuat pelaburan.

”Mangsa kemudian membuat 20 transaksi ke lima akaun bank berbeza antara 2 hingga 31 Oktober lalu berjumlah keseluruhan RM604,000,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan kononnya keuntungan sebanyak RM1.8 juta yang tertera dalam aplikasi pelaburan tersebut.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN