fbpx
Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Jalan Labu, awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Empat parah, van bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Empat individu cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van Nissan Vanette dan Proton Wira di hadapan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Jalan Labu, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.18 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK I) (KUP) Mohd Faizal Abd Rahman, berkata pasukan tiba pada pukul 7.35 pagi dan mendapati impak pelanggaran menyebabkan bahagian hadapan van remuk teruk sehingga pemandu lelaki serta dua wanita kelindan tersepit.

“Semua mangsa berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun dan kesemuanya berbangsa India.

“Dua mangsa di bahagian hadapan van tersepit, manakala seorang wanita di bahagian belakang cedera di kaki tetapi tidak tersepit. Pemandu Proton Wira, seorang lelaki dewasa, juga cedera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, keadaan waktu itu hujan dan pasukan bomba mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat, sebelum kesemua mereka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Operasi dikawal pada pukul 7.50 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.16 pagi. Lokasi kejadian dianggarkan 15 kilometer dari balai,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN