fbpx
Tangkap layar video kebakaran sekolah di Baling, hari ini.

Cemas sekolah di Baling terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Orang ramai dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan sebuah sekolah di Baling pagi ini

Api dan asap tebal dilihat memenuhi bahagian bumbung sebuah blok bangunan dua tingkat.

Menerusi video tular, penduduk memaklumkan kebakaran tersebut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Baling.

Operasi pemadaman sedang dijalankan dan setakat ini tiada maklumat sama ada terdapat mangsa terlibat.

Kejadian berlaku pada hari cuti hujung minggu bagi negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN