JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Pasuruan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila meminta suaminya untuk memberikan sepasang pembesar suara (speaker) sebagai mas kahwin, lapor portal berita Tribunnews.
Majlis pernikahan itu berlangsung pada 7 November lalu.
Wanita dikenali sebagai Wiwid itu meminta mas kahwin berupa peralatan audio, dengan setiap satu bernilai 4 juta rupiah (RM992).
Selain pembesar suara, pengantin lelaki turut menyerahkan set kelengkapan solat sebagai mas kahwin.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @wartabromo mencatatkan lebih 941,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Nilai 4 juta rupiah tetapi bukan dalam bentuk wang atau emas,” kata seorang netizen.
“Selamat menghadapi realiti kehidupan selepas berkahwin,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














