fbpx
Tangkap layar video menunjukkan gadis itu menangis sambil meminta untuk berkahwin dengan kekasihnya. - Instagram

Budak 12 tahun menangis mahu kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di Indonesia menerima kecaman ramai apabila menangis seperti kerasukan kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, lapor portal berita Berita Satu. 

Kejadian berlaku di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram @trendingtainment menunjukkan gadis itu menangis sambil memeluk lengan seorang budak lelaki dipercayai kekasihnya. 

Dia bahkan menjerit ketika orang ramai cuba memisahkan mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Cinta tidak selamanya indah adik,” kata seorang netizen. 

“Saya ketika umur 12 tahun menangis kerana dipaksa tidur, bukan minta kahwin,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI