JOHOR BAHRU – Hasrat seorang ibu untuk melihat anaknya kembali pulih tidak kesampaian apabila bayi itu meninggal dunia semalam sebelum sempat menjalani pembedahan di China untuk merawat penyakit hati kronik atau biliary atresia yang dihidapinya. Lebih menyedihkan, Asfa Qawiy Muhammad Syafiq, 12 bulan, dijadualkan terbang ke China untuk menjalani prosedur pemindahan hati (liver transplant) pada Ahad ini ketika wang untuk menampung kos pembedahan sebanyak RM200,000 telah cukup dikutip hasil sumbangan orang ramai. Ibunya, Nor Fatin Ismail, 33, berkata, bayinya disahkan…















