fbpx
BEZZECCHI

Aprilia uji pakej aerodinamik 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Aprilia memberi amaran awal kepada pencabarnya apabila mendedahkan ‘senjata rahsia’ untuk musim 2026 dengan menguji pakej aerodinamik serba baharu pada ujian rasmi MotoGP di Valencia.

Tampil dengan jentera livery celoreng bagi menyembunyikan rekaan terbaharu, Aprilia akhirnya mengesahkan ujian tersebut adalah untuk pakej aerodinamik yang akan mengubah karakter jentera RS-GP mereka.

Menurut Pengarah Teknikal Aprilia, Fabiano Sterlacchini, inovasi itu direka untuk memberikan prestasi lebih menyeluruh, sekali gus menjadikan jentera mereka mudah dikendalikan dalam apa jua situasi perlumbaan.

Perubahan paling ketara dapat dilihat pada rekaan fairing hadapan, manakala pelumba utama, Marco Bezzecchi turut dikesan menguji sayap belakang (rear wing) mengikut konsep jentera Formula 1 yang lebih besar.

“Secara asasnya, kami cuba menguji untuk mencari keseimbangan terbaik antara kelajuan tertinggi dan kestabilan ketika brek. Contohnya, anda boleh mendapat kelajuan tertinggi yang lebih baik dan memudahkan urusan pelumba memintas.

“Dengan meningkatkan drag, anda boleh meningkatkan prestasi semasa membrek. Jadi, kami cuba mendapatkan aerodinamik tepat dalam setiap fasa tunggangan,” jelasnya.

Sesi ujian di Valencia itu ternyata positif buat kem Aprilia apabila pelumba pasukan satelit Trackhouse, Raul Fernandez merakam masa terpantas di atas jentera RS-GP spesifikasi 2025.

Bezzecchi pula di tempat kedua, hanya 0.027 saat di belakang selepas melakukan ujian perbandingan antara jentera lama dan baharu.

Namun, Bezzecchi yang menamatkan musim dengan dua kemenangan berturut-turut, memberikan reaksi bercampur-baur mengenai jentera baharu itu, lebih-lebih lagi selepas sesi ujian terganggu akibat faktor cuaca.

Hanya Bezzecchi dan rakan sepasukannya, Jorge Martin yang diberi peluang menguji jentera spesifikasi 2026 itu di Valencia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN