fbpx
BELGIUM bangkit daripada kegagalan untuk menewaskan Kazakhstan sebelum ini dengan aksi cemerlang membenam Liechtenstein awal pagi semalam. - AFP

WCQ: Belgium raih slot automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIEGE – Belgium mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026 dengan cerita penuh bergaya apabila membelasah Liechtenstein 7-0 pada aksi terakhir Kumpulan J, awal pagi semalam.

Belgium menamatkan pusingan kelayakan dengan rekod tanpa kalah, meraih lima kemenangan dan tiga seri untuk mengesahkan status selaku juara kumpulan sekali gus Wales terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan bakal bermain di pusingan playoff.

“Kami hanya mahu memastikan penyokong terus berada di belakang dan memberikan sokongan kepada pasukan tanpa berbelah bahagi,” kata penjaring gol pertama Belgium, Hans Vanaken.

Pada perlawanan kali ini, Jeremy Doku dan Charles De Ketelaere masing-masing menghasilkan dua gol diikuti tiga lagi jaringan daripada Vanaken, Brandon Mechele serta Alexis Saelemaekers.

Pada aksi Sabtu lalu, Belgium mendapat kritikan daripada peminat sendiri apabila gagal mengesahkan slot ke Piala Dunia lebih awal apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kazakhstan.

De Ketelaere juga menjelaskan perasaannya selepas menghadirkan impak buat pasukan pada perlawanan kali ini cukup luar biasa dan menjelaskan segalanya bermula sejak daripada minit awal permainan lagi.

“Ia menjadi detik yang terbaik dan hebat untuk bermain di sini. Kita dapat merasakannya sejak dari awal lagi, bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan dan pastinya ini adalah pengalaman cukup manis buat saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN