fbpx
GAMBAR fail Alice Guo (kiri). - Foto AFP

Warga China menyamar rakyat tempatan jadi datuk bandar di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Sebuah mahkamah Filipina menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap   warganegara China, Alice Guo kerana menyamar sebagai rakyat Filipina  sehingga menjadi seorang datuk bandar, lapor portal berita VnExpress hari ini.

Menurut pendakwa raya, Olivia Torrevillas, tujuh individu lain yang dituduh melakukan pemerdagangan manusia turut menerima hukuman sama

Alice yang pernah berkhidmat sebagai datuk bandar di utara Manila, didapati bersalah menguruskan pusat perjudian dalam talian di sebuah kompleks yang dikendalikan oleh warga China.

Pusat perjudian itu  menggunakan ratusan pekerja yang dipaksa melakukan aktiviti penipuan atau berdepan risiko diseksa.

Kompleks luas yang merangkumi bangunan pejabat, vila mewah dan kolam renang besar itu diserbu pada Mac 2024 selepas seorang pekerja Vietnam melarikan diri serta menghubungi polis.

Lebih 700 orang dari Filipina, China, Vietnam, Malaysia, Taiwan, Indonesia dan Rwanda ditemui di lokasi tersebut. Polis turut menemui dokumen yang didakwa menunjukkan Alice adalah presiden sebuah syarikat yang memiliki kompleks itu.

“Selepas hanya lebih setahun, mahkamah memberikan keputusan yang memihak kepada kami. Alice didapati bersalah bersama tujuh tertuduh lain dan dihukum penjara seumur hidup,” kata Torrevillas.

Alice, 35, ditangkap polis Indonesia pada September 2024 selepas melarikan diri dari Filipina.

Dia dipilih sebagai Datuk Bandar Bamban yang menjadi  okasi pusat penipuan itu. Sebuah mahkamah di Manila memutuskan pada Jun lalu bahawa sebagai warganegara China, Alice tidak layak memegang jawatan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN