fbpx
Kejadian wanita pengsan dalam monorail di laluan Medan Tuanku, hari ini. GAMBAR IHSAN BOMBA

Wanita pengsan tren monorel bawa 373 penumpang terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pengsan selepas sebuah tren monorel membawa 373 penumpang terkandas di Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku, di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 9.39 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa digerakkan bersama jentera FRT-1 dengan kekuatan lima anggota.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 9.42 pagi dan mendapati tren berkenaan terkandas di laluan Medan Tuanku. Pihak pengurusan monorel memaklumkan keadaan adalah terkawal, manakala kerja memindahkan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan.

“Sebanyak 373 penumpang berjaya dipindahkan dan terdapat seorang mangsa wanita berusia 58 tahun yang pengsan,” katanya.

Katanya, mangsa telah sedarkan diri selepas menerima rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI