PETALING JAYA – “Saya fikirkan anak abang sahaja.”
Itu reaksi seorang mekanik selepas membantu seorang lelaki yang tersadai di tepi jalan bersama isteri dan dua anak mereka selepas motosikal yang dinaiki mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran di TikTok @Minyakhitamjalanan_, dia memaklumkan telah dihubungi lelaki tersebut selepas motosikalnya rosak akibat rantai putus dan gegancu (spoket) hilang ketika dalam perjalanan pulang ke Bukit Jalil.
Bapa kepada dua anak itu memberitahu dia hanya mempunyai RM30 untuk membayar upah, sedangkan kos pembaikan motosikal itu dianggarkan RM140.
“Aku dah tak fikir apa-apa, memang terus bersiap dan gerak ke tempat abang itu. Aku pernah rasa situasi apabila duit cukup-cukup untuk keluarga,” kata mekanik itu pada ruang kapsyen.
Difahamkan, mekanik tersebut telah menolak sebarang bayaran daripada lelaki itu selepas seseorang menolong membayarkan kos kerosakan motosikal tersebut ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya turut memahami situasi lelaki tersebut.
“Sebab pernah merasa hidup terdesak. Mesti Allah kirimkan orang baik untuk kembalikan semangat kita,” @Abu_the_cat
“Kami doakan lampu isyarat selalu hijau, dompet sentiasa tebal dan perjalanan abang sentiasa lapang,” komen @Billionmarket
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 558,900 tontonan, 74,400 tanda suka dan 6,891 perkongsian. –KOSMO! ONLINE.
@minyakhitamjalanan_ Cerita pukol 1pagi, aku dapat msj dari abg ni mintak tolong.. Abg: Assalamualaikum abg boleh tolong saya ke rantai saya putus & spoket depan hilang, saya nak balik bukit Jalil ni abg.. 🧑🔧: w’asalam abg, saya tak buat 24jam abg, last 10malam sahaje abg, maaf sgt² abg tak dapat tolong.. ” Lepas tu dia hantar gambar motor dia, aku tgok ade budak 2org atas motor, aku terus wsp balik abg ni” 🧑🔧: abg bagi location, nanti saya tye budak saya.. Abg: abg nak tye dulu barapa harga kalau semua sekali? 🧑🔧: spoket depan rantai siap upah datang dalam 140 abg Abg: takpe la abg, tak jadi saya pun ade 30 je tengah bulan ni abg, saya cube cara lain 🧑🔧: jgn macam tu abg, abg bawak anak kecik tu dah pukol 1pagi ni, takpe abg byr je 30 tu yg lebih hujung bulan abg byr la dekat saya.. ” Aku dah tak pkir ape, aku siap² terus jalan pegi dekat abg ni, sampai² je jalan situ mmg takde org lansung & abg tu plk bagi salah location 😅 aku sebelah kanan dia sebelah kiri.. selamat la kereta takde langsung aku buat kjer tengah-tengah jalan.. aku pernah rase bila duit cukup² untuk family 🥹” #fyp #masukberandafyp #alhamdulillah ♬ original sound – romiez















