fbpx
Ahli keluarga dan rakan mengangkat jenazah Mohamad Nizar di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), hari ini. Gambar oleh DANIAL SAAD

[VIDEO] ‘Arwah mahu keluar makan sekejap dengan kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Arwah anak sulung harapan keluarga, namun kami sekeluarga reda”.

Demikian menurut Zuraida Hashim, 50, ibu kepada Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31, mangsa yang maut dalam kemalangan bersama seorang rakannya,Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, di Kilometer 141.5 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Juru di sini, malam tadi.

Beritahu Zuraida, kejadian yang menimpa anak sulungnya yang merupakan pemandu bas persiaran itu sememangnya mengejutkan mereka sekeluarga.

“Kalau arwah meninggal disebabkan sakit, kami sebagai keluarga boleh bersedia, namun apabila pergi dengan mengejut sebegini, kami semua kena reda,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Muhammad Muhaimin, 26, pula berkata, abangnya sebelum itu ada memaklumkan mahu keluar makan sebelum kejadian.

“Abang beritahu mahu keluar makan sekejap dengan kawannya sebelum kami menerima perkhabaran mengenai kemalangan yang menimpa mereka berdua,” katanya jenazah abang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kecil selepas solat Zohor nanti.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua sahabat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori membawa muatan buah, kira-kira pukul 11.22 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN