fbpx
Gambar hiasan

Terengganu, Pahang dijangka hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kinta dan Kampar, Perak, manakala di Terengganu adalah Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, tanah tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang manakala Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Hulu Langat di Selangor turut terlibat dalam cuaca buruk itu,” ujarnya.

Amaran cuaca buruk itu berterusan di Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Seterusnya, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang di Sarawak turut terjejas.

Bagi negeri Sabah, hujan berterusan melanda Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN