fbpx
HANYA 28 minit diperlukan Wei Chong (belakang) dan Kai Wun untuk menewaskan pasangan Denmark. - AFP

Terbuka Australia: Wei Chong-Kai Wun mudah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan banyak masalah apabila mudah melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney sebentar tadi, pilihan ketiga itu menang 21-11, 21-16 ke atas Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer dari Denmark.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Wei Chong-Kai Wun yang tewas di pusingan pertama Kumamoto Masters minggu lalu menampilkan aksi cukup baik sepanjang perlawanan.

Keadaan itu meletakkan pemain lawan berada dalam keadaan tertekan dan ia membuka ruang buat gandingan negara mengawal serta mendominasi permainan.

Menjelang suku akhir esok, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu sama ada beregu Indonesia, Indra Raymond-Joaquin Nikolaus ataupun rakan sepasukan, Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Turut melangkah ke suku akhir adalah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-14.

Mereka akan bertemu pemenang perlawanan antara dua lagi beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan dan Lin Yu Chieh-Lee Chih Chen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI