fbpx
Gambar fail bertarikh 18 Februari 2025 menunjukkan pekerja pusat penipuan ditahan semasa serbuan di Shwe Kokko, Myawaddy. - AFP

Tentera Myanmar gempur lubuk ‘scammer’, 350 ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAYPYIDAW – Tentera Myanmar menyatakan semalam bahawa pihaknya  menyerbu hab penipuan internet berhampiran sempadan Thailand dan menahan hampir 350 orang, dalam tindakan keras terhadap kompleks pasaran gelap yang pesat membangun di negara itu.

Kilang-kilang penipuan  berkembang pesat di wilayah-wilayah sempadan Myanmar yang dilanda perang saudara. Lokasi itu menempatkan penipu (scammer) yang menyasarkan pengguna internet menerusi penipuan percintaan dan perniagaan yang menyebabkan kerugian  puluhan bilion dolar setiap tahun.

Junta Myanmar telah lama dituduh ‘menutup mata’ terhadap kegiatan tersebut, namun melancarkan tindakan keras sejak Februari lalu selepas menerima tekanan daripada China, kata beberapa pakar.

Tentera Myanmar menyerbu hab perjudian dan penipuan Shwe Kokko pagi kelmarin,  demikian menurut media kerajaan, The Global New Light of Myanmar.

“Semasa operasi itu, 346 warga asing  telah ditangkap. Hampir 10,000 telefon bimbit yang digunakan dalam operasi perjudian secara dalam talian juga dirampas,” kata akbar berkenaan.

Sejak tentera merampas kuasa pada 2021,  kawasan sempadan Myanmar yang ditadbir secara lemah menjadi lokasi pesat bagi pusat-pusat  penipuan.

Menurut beberapa penganalisis, kompleks-kompleks itu dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja secara sukarela serta warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Semalam junta tentera menyalahkan pemberontak bersenjata kerana membenarkan pusat penipuan beroperasi di bawah perlindungan mereka.

Namun, tentera Myanmar mengambil tindakan selepas merampas semula kawalan di  wilayah tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN