KUALA LUMPUR – AFYAA, jenama kesihatan Islamik terkemuka Malaysia, yang telah melancarkan Sahiyya+, produk makanan tambahan evolusi terbaharu bagi meningkatkan kesihatan jantung, telah berjaya merekodkan jualan lebih daripada RM1 juta.
Prestasi jualan ini telah dicapai setelah ia mula dibuka untuk pra tempahan pada awal bulan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran tersebut, pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan penerimaan pasaran yang kukuh terhadap inovasi terbaharu AFYAA, tetapi turut mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan halal.
“Ia juga menandakan langkah penting dalam misi AFYAA untuk menjadikan konsep kesihatan pencegahan berasaskan keimanan lebih mudah diakses, diyakini, dan berimpak di peringkat global,” jelasnya.
Meneruskan kejayaan formulasi asalnya, Sahiyya+ menggabungkan Garlzac Ekstrak Bawang Hitam Berumur, Cordiart Ekstrak Kulit Oren Manis, dan Lipophytol Fitosterol Pokok Pain bagi memberikan potensi, kestabilan, dan kadar penyerapan yang lebih tinggi.
Garlzac Ekstrak Bawang Hitam Berumur yang dinaik taraf menggantikan varian ABG25+ terdahulu, kini menawarkan konsentrasi S-Allyl Cysteine (SAC) yang 50 kali ganda lebih tinggi dengan kadar penyerapan optimum untuk keberkesanan maksimum.
Kenyataan tersebut menjelaskan, melalui produk terbaharu ini, Sahiyya+ akan mengukuhkan lagi komitmen AFYAA untuk menggabungkan warisan perubatan tradisional dengan inovasi sains moden, menyediakan pengguna dengan solusi kesihatan jantung yang dipercayai, mudah dan berkesan.
“Sahiyya+ bukan sekadar suplemen yang dinaik taraf tetapi ia melambangkan visi AFYAA untuk mentakrifkan semula kesihatan melalui gabungan keimanan, sains, dan kemudahan akses.
“Berpandukan prinsip kehidupan berasaskan sunnah, AFYAA terus memperjuangkan formulasi yang menghubungkan kebijaksanaan tradisi dengan kemajuan sains moden,” ujarnya.
Melalui komitmen terhadap penyelidikan saintifik, penggunaan ramuan dipercayai, serta keterlibatan komuniti, AFYAA berhasrat memperkasa masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat secara proaktif, bukan hanya apabila sakit, tetapi sebagai sebahagian daripada cara hidup seharian,” terangnya. -KOSMO! ONLINE















