PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak, manakala di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, hujan turut diramal berterusan berlaku di tanah tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, di Selangor ialah hanya Sabak Bernam, manakala Mersing, Johor turut terjejas dalam cuaca buruk,” ujarnya.
Amaran cuaca berterusan turut melanda Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Bagi Sabah, hujan bertumpu di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” kata MetMalaysia hari ini. –KOSMO! ONLINE















