fbpx
LIZA Hanim kesal dengan sikap 'kejam' netizen yang meninggalkan komen menjatuhkan sehingga mendera mentalnya.

‘Rasa seperti ditampar, adakah saya tidak bernilai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jarang melayan komen negatif dalam media sosial, penyanyi Liza Hanim tiba-tiba berasa tertampar sehingga mengalirkan air mata saat didakwa sudah tamat tempoh dan disuruh agar berputus asa sebagai jalan terbaik buatnya ketika ini.

Bukan kali pertama berdepan kejian, namun Liza, 46, mengakui komen supaya berhenti menyanyi itu benar-benar memberi impak negatif terhadap mentalnya,.

“Entah kenapa, satu komen ini benar-benar buat saya tergamam. Kebetulan usia pula baru menginjak 46 tahun, jadi bila baca komen kata masa saya sudah habis dan patut mengalah, memang rasa seperti ditampar.

“Disebabkan itu, adakah selama ini saya tidak bernilai? Memang sedih sampai mengalir air mata,” katanya pada sidang media drama Sumpah Ibuku di sini, baru-baru ini.

Dalam masa sama, dia meminta budaya komen negatif dan toksik sebegitu harus dihentikan kerana memberi impak terhadap kesihatan mental setiap mangsa yang menerimanya.

“Kalau tak suka, tidak perlu dengar lagu saya, tiada siapa yang paksa tetapi janganlah jadi toksik dalam industri.

“Kemudian, setiap kali saya keluar lagu baharu, mesti ada golongan begini. Tak mengapalah, yang penting masih ada peminat mahu melihat saya menyanyi.

“Saya juga tidak bersaing dengan sesiapa. Selagi Allah SWT kurniakan suara ini, selagi kreativiti masih hidup, saya akan terus menyanyi,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun bersyukur menerima dan kata-kata semangat daripada rakan industri seperti Misha Omar, Ieda Moin dan ramai lagi sekali gus membuatkannya kembali kuat.

“Saya sedar tidak semua orang suka dengan apa yang kita buat. Jadi saya pilih untuk fokus pada mereka yang masih menyokong.

“Ramai rakan artis lain mesej saya minta jangan layan sangat dan rupa-rupanya ramai pernah lalui benda sama,” ujarnya.

Terdahulu, Liza memuat naik tangkap layar komen netizen yang membuatkan hatinya terluka.

“Sudahlah, zaman awak sudah berlalu. Mengalah sajalah. Teruskan hidup, Liza,” tulis individu berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk menasihatkan tidka melayan komen negatif sebegitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN