fbpx
YARITS Dzikri Yunus mengaku bersalah atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenali menerusi akaun Telegram di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO : NOR SHAFAWAYI YUP.

Pemuda rogol budak diperintah jalani khidmat masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pekerja penghantar barang diperintah menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenali menerusi akaun Telegram.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Yarits Dzikri Yunus, 20, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

“Setelah mendengar rayuan mitigasi daripada pihak pembelaan, fakta kes, faktor pemberatan serta laporan sosial daripada pegawai Jabatan Kebaijan Masyarakat (JKM) dan syor yang dikemukakan, mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan tidak bersesuaian dalam kes ini.

“Mahkamah memerintahkan tertuduh perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan dengan 10 syarat tambahan ,” katanya.

Syarat tambahan tersebut termasuk tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan dan mengikut sesi kaunseling serta mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai JKM.

Surita juga mengenakan cagaran bon RM5,000 dengan penjamin dalam kalangan ahli keluarga, jika gagal boleh dikenakan penjara setahun.

Sekiranya gagal menjalani khidmat masyarakat seperti ditetapkan, tertuduh boleh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN