fbpx
Pegawai menuang peluntur ke atas bahan makanan di sebuah gerai taco. - Metro UK

Pegawai kesihatan tuang peluntur dalam makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENVER, COLORADO – Sebuah video tular di media sosial mencetuskan kontroversi apabila memaparkan tindakan beberapa pegawai kesihatan di Amerika Syarikat (AS) menuang cecair peluntur ke atas bahan makanan di sebuah gerai jualan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Merinyu kesihatan di Denver, negeri Colorado dirakam bertindak demikian ketika mereka menutup sebuah gerai menjual taco yang tidak mempunyai lesen, Sabtu lalu.

Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Denver tampil mempertahankan tindakan pegawainya dengan berkata, perbuatan mereka bagi memastikan peniaga tidak menjual semula makanan.

Menurut laporan,  pegawai pemeriksa meminta makanan itu dimusnahkan kerana tidak memenuhi standard kebersihan tetapi penjual sebaliknya meletakkan beberapa bahan membuat taco ke dalam traknya.

“Ini menyebabkan seorang merinyu menuangkan peluntur ke dalam baki makanan,” kata jurucakap Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Denver.

Berdasarkan klip video kejadian yang tular, pegawai berkenaan menuangkan bahan toksik itu ke dalam pelbagai bekas plastik makanan di atas meja.

Menurutnya, pekerja gerai Tacolorado itu telah dua kali dihubungi pada akhir Oktober lalu dan pihak jabatan turut menyerahkan notis menutup gerai.

Lebih 65 kilogram daging juga telah dibuang semasa dua lawatan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN