fbpx
Muhammad Zaidi (dua kanan) bersama isteri dan barisan peguamnya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Palapes UiTM: Gali semula kubur Muhammad Amir Rusyaidi ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Permohonan penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ditolak Mahkamah Tinggi, hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan supaya satu inkues terbuka dijalankan bagi mengetahui cara kematian Allahyarham Muhammad Amir Rusyaidi, 26, termasuk disebabkan kecuaian mana-mana pihak.

Hakim Roszianayati Ahmad ketika memutuskan demikian memaklumkan tiada keperluan jasad
pelatih Palapes itu digali dan dibedah siasat dijalankan lagi sekali kerana punca kematian telah dikenalpasti.

Katanya, ia dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan dan rawatan yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Shah Alam.

“Doktor-doktor ini telah mengikrar afidavit dan mengesahkan sebab kematian adalah kegagalan multi organ akibat strok haba.

“Saya mendapati tiada pencanggahan berkenaan sebab kematian Muhammad Amir Rusyaidi sehingga jasadnya perlu digali dan bedah siasat dibuat,” katanya.

Jelas Roszianayati, mangsa telah dibawa ke hospital pada 10 Nov dan meninggal dunia pada 13 Nov 2024 dengan pelbagai pemeriksaan dan ujian klinikal telah dijalankan dengan hasil ujian menunjukkan Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dalam keadaan dehydrated teruk sehingga melibatkan organ dalaman yang lain.

Katanya, doktor juga mengatakan tiada sebarang kecederaan fizikal lain yang ditemui melainkan kesan merah di lutut yang mana kesan tersebut tidak menjurus kepada kematiannya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI