fbpx
lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas mencederakan seorang jurujual menggunakan pisau pemotong daging di Jalan Bandar Timah.

Lelaki serang jurujual guna pisau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas mencederakan seorang jurujual menggunakan pisau pemotong daging di Jalan Bandar Timah berhampiran Little India Ipoh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan susulan laporan polis oleh mangsa pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, selain menyerang mangsa, suspek turut memecahkan cermin sebuah lori yang diletakkan di hadapan kedai pemborong mainan kanak-kanak.

“Suspek kemudian melarikan diri dan dikejar sehingga ke sebuah kedai emas di Jalan Lahat. Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian segera menahan lelaki itu dan merampas senjata yang digunakannya.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, lelaki warga tempatan itu dipercayai bertindak demikian akibat berada di bawah pengaruh dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit mempunyai 12 rekod kesalahan lampau membabitkan tujuh kes jenayah dan lima kes dadah.

“Suspek ditahan dan dimasukkan ke lokap Balai Polis Pusat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI