fbpx
Gambar Hiasan

Kecoh! Pemain bola import skandal bini orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemain import kelab bola sepak di sebuah negeri didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Perkara itu didedahkan oleh suami wanita tersebut menerusi satu hantaran di Facebook, namun perkongsian berkenaan telah dipadamkan.

Menerusi hantaran yang sempat ditangkap layar oleh pengguna media sosial, lelaki itu mendakwa, isterinya dan pemain import tersebut dikatakan telah beberapa kali bertemu di satu lokasi.

“Hari ini betapa luluhnya hati saya sebab isteri curang dengan salah seorang pemain (bola). Dia orang sudah beberapa kali ‘check in’. Sampai hati buat saya macam ini.

“Apa saya nak cakap dekat anak kami. Patutlah dalam tiga, empat hari ini hati saya rasa tak sedap. Hari ini terdetik hati untuk rampas telefon isteri dan saya periksa, memang betul dia curang dan tidur dengan lelaki itu dah beberapa kali,” katanya.

Lelaki itu mendakwa, ini kali ketiga si isteri bersikap curang terhadapnya.

“Hati saya sangat hancur, dah kali ketiga dia curang. Kali ini saya tidak maafkan. Maaf saya terpaksa kongsikan begini sebab saya tak mahu orang fikir saya tinggalkan dia tanpa sebab.

“Gambar berikut adalah bukti semua perbualan mereka termasuk berbual tentang hubungan yang mereka lakukan. Hati saya luruh, saya kasihankan anak saya,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut memuat naik status pada media sosialnya memaklumkan, hantaran sebelum ini telah dipadamkan bagi menjaga maruah keluarganya.

“Dah, aku lepaskan. Kasihan anak, tak tahu apa-apa. Aku halalkan semuanya makan, minum. Aku buat pinjaman kereta untuk kau berjalan turun kerja, tapi kereta pakai pergi ‘check in’ hotel dengan lelaki lain.

“Aku sanggup bermotosikal berhujan panas, ini balasan kau pada aku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI