SAYA jarang memancing di Melaka, selalunya hanya turun ke Port Dickson (PD), Negeri Sembilan. Peluang untuk mencuba perairan ini pasti tidak akan saya lepaskan kerana ingin mengetahui potensinya. Kami turun di jeti yang terletak berhampiran dengan Jambatan Tanjung Agas di Sungai Linggi. Di jeti, terdapat kawasan parkir yang luas, warung makan, surau dan tandas, sememangnya sangat memudahkan pemancing yang berkunjung. Kami menggunakan bot yang sebenarnya hanya digunakan untuk operasi bubu kerana tekong Raimie sudah ‘pencen’ daripada memancing. Bot ini luas……














