fbpx
FAISAL meledak gol tunggal perlawanan untuk membantu skuad negara mengekalkan aksi kemenangan dalam lima perlawanan kelayakan Piala Asia.

Faisal hanya fokus berikan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENJARING gol tunggal untuk kemenangan Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui menyimpan hasrat untuk sekali lagi membantu skuad negara mara ke pentas pusingan akhir Piala Asia sekali lagi.

Penggempur Selangor FC itu pernah mencetuskan fenomena sebelum ini di Piala Asia 2023 apabila berjaya meledak gol ketika menentang Korea Selatan sebelum jaringan itu diangkat sebagai gol terbaik kejohanan.

Gol kemenangan pada minit ke-56 ketika membenam Nepal dihasilkan Faisal berjaya melunaskan janji skuad Harimau Malaya untuk mengakhiri musim 2025 tanpa sebarang kekalahan dan menerajui aksi Kumpulan F tanpa sebarang kekalahan selepas lima aksi.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dianggap terancam ketika ini ekoran dakwaan pemalsuan dokumen oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa yang boleh menyebabkan Harimau Malaya berdepan risiko pemotongan mata dan tidak dapat melayakkan diri.

“Sudah tentu sebagai pemain kita mahu bermain di peringkat yang tertinggi. Apa-apa pun keputusan yang akan datang, kita sebagai pemain, kita berdoa yang terbaik supaya pasukan kebangsaan boleh bersaing di Piala Asia.

“Walaupun apa-apa pun yang akan berlaku, kita kena teruskan apa yang kita perjuangkan untuk pasukan kebangsaan. Saya tak tahu nak cakap apa, kalau benda itu (pemotongan mata dan tidak layak ke Piala Asia) berlaku, sudah tentu kita akan kecewa sebab kita sudah dalam momentum yang baik, kita menang semua perlawanan.

“Kita ada baki lagi satu perlawanan untuk (aksi) penutup, sama ada kita layak atau pun tidak. Apa-apa keputusan pun, sekarang ini kita kena beri yang terbaiklah untuk pasukan dan pastinya kita berharap yang terbaik,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN