fbpx
HAMILTON sekali lagi kempunan untuk menaiki podium musim ini apabila gagal menamatkan GP Sao Paulo akibat kerosakan jentera. - AFP

F1: Hamilton perlu sabar tunggu hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas Timbalan Prinsipal Pasukan Williams, Claire Williams mempertahankan Lewis Hamilton yang terus bergelut dalam musim pertamanya bersama Ferrari dan menyifatkan juara dunia tujuh kali itu perlu diberi lebih masa untuk menyesuaikan diri.

Hamilton gagal meraih podium selepas 21 perlumbaan musim ini dengan kekecewaannya memuncak di Grand Prix Sao Paulo minggu lalu apabila terpaksa menarik diri gara-gara kerosakan jentera hingga melabel perjalanan bersama Ferrari sebagai mimpi ngeri.

Insiden itu turut mengundang reaksi Pengerusi Ferrari, John Elkann yang menggesa Hamilton dan rakan sepasukan, Charles Leclerc kurang bercakap dan fokus kepada perlumbaan.

“Orang selalu pandang remeh proses menyesuaikan diri. Lewis sudah lama bersama Mercedes dan membentuk pasukan itu mengikut caranya. Kini dia masuk ke Ferrari dengan budaya yang sangat berbeza.

“Ferrari itu sendiri melambangkan Itali, mereka ada tifosi, cara kerja lain. Walaupun Lewis hebat dan berpengalaman, tetap ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan,” katanya.

Tambah Williams, perpindahan Hamilton ke Ferrari bukan sekadar keputusan strategik tetapi usaha merealisasikan impian zaman kecil untuk memandu jentera berwarna merah.

Dengan perubahan besar peraturan teknikal menjelang musim 2026, Ferrari dijangka kembali menjadi pencabar utama dan yakin Hamilton masih mampu kembali bangkit.

“Kita bagi dia masa dan lihat apa jadi pada 2026. Kadang-kadang perpindahan besar ini menjadi dan kadang-kadang sebaliknya. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh buat keajaiban itu, orang itu Lewis Hamilton,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN