fbpx
HARIMAU Malaya berjaya mencapai misi aksi tanpa kalah dalam lima aksi kelayakan Piala Asia selepas membenam Nepal kelmarin.

Cklamovski pasang misi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski seakan membayangkan hasratnya untuk terus menabur khidmat bersama pasukan yang kini mengintai peluang menamatkan kelayakan Piala Asia 2027 tanpa kalah.

Mengulangi pendiriannya sebelum ini, Cklamovski lebih selesa berbicara tentang perjalanan pasukan dan mahu kekal bersikap profesional dalam apa juga tanggungjawab yang digalas ketika ini.

“Saya harap orang boleh bercakap mengenai bola sepak dan tersenyum kerana kami menang, dapat tiga mata dan kami di puncak kumpulan. Apa yang berlaku selepas ini, kami tidak tahu dan jika kami terlalu fikir mengenai sesuatu yang kami tidak boleh kawal, kami akan hilang semangat.

“Jadi, mesejnya jelas, fokus, komited, kekal profesional dan buat kerja kami. Mentaliti saya seterusnya adalah bagaimana untuk kalahkan Vietnam, tamatkan saingan kumpulan tanpa kalah dan berada di puncak,” katanya.

Pada perlawanan kedua menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, Harimau Malaya mengesahkan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Faisal Halim.

Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini mengeluarkan laporan 63 muka surat berkaitan alasan penuh keputusan menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain terbabit berhubung isu pemalsuan dokumen.

FAM juga mahu memanjangkan perkara ini ke peringkat terakhir iaitu Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) malah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga dijangka akan buat keputusan atau tindakan kepada Harimau Malaya.

Impak besar mungkin akan dikenakan jika keputusan CAS tidak berpihak kepada Malaysia, kemungkinannya adalah penolakan mata sekali gus bakal menyaksikan impian untuk ke pusingan akhir Piala Asia di Arab Saudi terkubur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN